KOTA KINABALU, SABAH – Gabungan Persatuan-Persatuan Cina Sabah (FCAS) telah menyatakan rasa terkejut dan bimbang dengan lonjakan kes Covid-19 di Sabah di mana ia mencatatkan rekod tertinggi sebanyak 2,413 jangkitan pada hari Rabu iaitu peningkatan 310 kes dari sehari sebelumnya.
Oleh itu, Presidennya, Tan Sri T.C Goh berharap kerajaan negeri dan rakyat Sabah dapat berusaha untuk meratakan lekukan jangkitan Covid-19 dengan mempercepat vaksinasi dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
Dia juga menyatakan keprihatinannya bahawa kadar penggunaan katil hospital di negeri ini telah mencapai 99.05 peratus.
Goh berharap kerajaan persekutuan dapat segera mempertingkatkan dukungan untuk Sabah dengan meningkatkan kemudahan perubatan yang ada serta menghantar lebih banyak staf perubatan ke Sabah agar ia dapat menangani keadaan dengan lebih baik.
“Pada masa ini, Sabah masih menjadi negeri dengan kadar vaksinasi terendah dalam negara…
“Walaupun pada hari Rabu 48.4 peratus populasi orang dewasa telah divaksin dengan dos pertama, hanya 24.7 peratis yang telah menlengkapkan dua dos. Ini mesti ditingkatkan.
“Ia juga sangat penting bagi rakyat Sabah untuk terus berjaga-jaga dalam memerangi wabak tersebut,” tegasnya.

Goh yang juga Presiden Persatuan Hokkien Sabah dan Labuan (SLFHA) juga meminta sektor perniagaan di negeri ini untuk secara aktif mendaftar untuk Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) agar pekerja mereka diberi vaksin.
Ini adalah kerana Sabah, yang kini berada dalam fasa ke-2 Rancangan Pemulihan Nasional (NRP) dapat maju dan membolehkan lebih banyak perniagaan kembali beroperasi.
Dia mendesak ini semasa menyerahkan beberapa barang keperluan kepada Kuil Puncak Nam Toong yang diterima oleh pengerusinya, Lee Hing Boo.
Pengagihan bekalan keperluan adalah sebahagian daripada program jangkauan komuniti FCAS yang sedang berlangsung untuk membantu mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.