KUALA LUMPUR – Penyanyi Indonesia, Feby Putri bakal kembali tampil di Malaysia menerusi Konsert Feby Putri Live Vol 2 “Detik.Menit.Jam” di Zepp Kuala Lumpur
pada 27 Julai ini.
Ia merupakan konsert kali kedua yang dianjurkan Miebird Projects buat Feby selepas muncul di Malaysia menerusi Feby Putri Live in Kuala Lumpur pada Mac tahun lepas.
Popular menerusi lagu Halu, Feby sebelum ini berkongsi cerita dengan media di Malaysia dimana beliau sanggup merantau ke Jakarta pada usia 18 tahun untuk mengejar impiannya bergelar anak seni.
Katanya, hasrat itu awalnya ditentang orang tua.
“Saya ke Jakarta bersama abang saya. Kami sama-sama memang meminati bidang seni namun ibu bapa mulanya tidak mengizinkan kerana berasa risau. Namun saya berkeras dan berazam membuktikan usaha saya berhasil.
“Ketika itu saya cuma manfaatkan jumlah pengikut lebih 100,000 di Instagram serta hasil ‘cover’ lagu-lagu orang lain di laman YouTube bagi menjana pendapatan.
“Akhirnya pada 2021, saya beroleh rezeki untuk membeli rumah sendiri,”ceritanya tentang perjalanan awal karier muzik dalam kehidupannya,” katanya.