Fizikal, Mental Polis Kena Kuat Hadapi PRU – PJP Sabah

Fizikal, Mental Polis Kena Kuat Hadapi PRU – PJP Sabah

0
SHARE
Idris (duduk) bersama Zaidi ketika melawat IPD Kota Kinabalu...

KOTA KINABALU, SABAH – Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah mengingatkan setiap anggota polis di Sabah agar bersiap sedia dari segi fizikal dan mental sepanjang menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

“Ini bagi memastikan keselamatan, ketenteraman awam sentiasa terkawal…

“Selain itu, setiap anggota juga harus mempunyai ilmu pengetahuan berkenaan Undang-Undang Pilihan Raya agar dapat digunapakai semasa Pilihan Raya Umum ini diadakan.

“Juga diingatkan supaya waspada berkemungkinan berlaku perubahan Monsun Timur Laut (MTL) ketika ini,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian dalam amanatnya ketika hadir taklimat dan melihat persediaan menghadapi PRU15 di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Kinabalu pagi Rabu.

Ketibaannya disambut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Zaidi Abdullah, diiringi Timbalannya, Supt Hajah Kalsom Hj Idris.

Taklimat kesiapsagaan menghadapi (PRU-ke-15) disampaikan oleh Zaidi bertempat di Bilik Mesyuarat IPD Kota Kinabalu.

Hadir sama, SAC Datuk Zabidi Hj. Md Zain, Ketua Jabatan Pengurusan Sabah, SAC Sapii Ahmad, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, SAC Suparamaniam Ramasamy, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Sabah, ACP Mohd Azmi Omar, Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi (JLOG) Sabah, Ketua-ketua Bahagian, Pegawai Kanan dan Ketua Polis Balai sekitar IPD kota Kinabalu.