KOTA KINABALU, SABAH – Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) hari ini mengumumkan dua lagi calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) 19 November ini.
Presidennya, Datuk Peter Anthony, dalam sidang media berkata Naib Presiden parti, Datuk Johair Mat Lani, 57, akan bertanding di kerusi Parlimen Beaufort manakala bekas pemain bola sepak, Jekerison Kilan, 52, untuk Pensiangan.
KDM setakat ini, akan bertanding TUJUH (7) kerusi parlimen pada PRU-15.
Minggu lalu, Peter mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tenom.
Calom lain KDM ialah Timbalan Presiden parti, Datuk Wetrom Bahanda di Kota Marudu, Ketua Pemuda Jumardie Lukman di Sepanggar, dan dua ahli perniagaan Amat Mohd Yusof dan Liaw Kit Siongmasing-masing untuk Kimanis dan Kota Kinabalu.





