Gagal Patuhi SOP PKPP, Polis Sandakan Kenakan Kompoun Kepada 26 Individu

Gagal Patuhi SOP PKPP, Polis Sandakan Kenakan Kompoun Kepada 26 Individu

0
SHARE

SANDAKAN, SABAH – Pasukan Pemantau PKPP PDRM Sandakan mengeluarkan kompoun terhadap 26 individu kerana gagal mematuhi SOP yang telah ditetapkan pada minggu ini.

Operasi pertama dijalankan oleh Pasukan Pemantau PKPP PDRM Sandakan di sebuah kedai Snooker, Batu 8, tiga hari lepas. Hasil pemeriksaan 11 individu lelaki berumur lingkungan 56-79 tahun yang berada di dalam premis tersebut, didapati gagal mematuhi SOP PKPP yang masih berkuatkuasa.

Dalam Operasi sama di Pusat Hiburan Batu 4, Bandar Prima, iaitu pada hari berikutnya, 15 individu terdiri dari 5 lelaki dan 10 perempuan lingkungan umur 21-32 tahun, turut dikompoun kerana terkesan melakukan perlanggaran SOP PKPP.

Operasi dijalankan oleh sepasukan Pegawai dan anggota dari Pasukan Pemantau Pematuhan SOP PKPP IPD Sandakan.

Kesemua yang dikompoun, didapati melakukan kesalahan dibawah Seksyen 11(2) Peraturan 10 Perintah Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Orang ramai di daerah ini, dinasihatkan terus mematuhi norma baharu PKPP bagi mengelak diambil tindakan kompoun.

Walau bagaimanapun, hasil pengamatan Pasukan Pemantau PKPP, majoriti warga Sandakan tetap mematuhi peraturan ditetapkan.

Dalam pada itu, Pilihanraya DUN Sabah yang akan bermula esok (12 September) dengan fasa Penamaan Calon seterusnya tempoh berkempen dan mengundi, warga Sandakan diingatkan agar sentiasa mematuhi norma baharu SOP PKPP bagi mengelak dikenakan tindakan undang2.