JAKARTA, INDONESIA – Tular sebuah video di media sosial di mana seorang lelaki telah ditarik oleh seekor orang utan di sebuah Zoo Kasang Kulim Pekan Baru Riau, Indonesia.
Sebelum kejadian itu, lelaki tersebut dilihat sedang menyediakan kamera di hadapan kurungan orang utan tersebut bagi tujuan untuk merakam ‘content’.
Namun, ketika beliau cuba berinteraksi dengan menghulurkan tangannya ke arah sangkar orang utan itu, haiwan itu pantas menarik baju dan kaki lelaki tersebut.
Lelaki itu cuba membebaskan dirinya sambil meminta tolong tetapi haiwan itu dilihat lebih kuat sehingga dia tidak berjaya melepaskan diri…
Hasil bantuan pengunjung Zoo lain, dia akhirnya berjaya melepaskan diri.
Dalam pada itu, video berkenaan juga mendapat perhatian ramai netizen di ruangan komen.
“Nasib baik yang kena itu lelaki..kalau perempuan tidak tahu la macam mana..kesihan dia trauma dah tu,” kata seorang netizen.