KOTA KINABALU, SABAH – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) hari ini mengumumkan masing-masing akan bertanding 13 dan 11 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang ini.
Pengumuman calon GRS diumumkan oleh Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor manakala pengumuman calon BN diumumkan oleh Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Dalam majlis terbabit, antara calon yang bakal bertanding adalah Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud); Datuk Yakub Khan (Sepanggar); Datuk Shahelmy Yahya (Putatan); Datuk Mohamad Alamin (Kimanis); Datuk Siti Aminah Aching (Beaufort); Datuk Jamawi Jaafar (Tenom); Datuk Seri Bung Moktar Radin (Kinabatangan); Datuk Suhaimi Nasir (Libaran); Datin Maizatul Akmam Alwi (Lahad Datu); Aslam Fadli Samsul Alang dan (Kalabakan).
Bagi kerusi Pensiangan akan ditandingi oleh Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Kurup
Bagi calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Bugaya, Semporna, Bung Moktar tidak ketinggalan mengumumkan Abdul Aziz Mohd Ibnu sebagai wakil dari BN.

Dalam majlis yang sama, Hajiji mengumumkan antara calon yang bakal bertanding mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ialah Datuk Ruddy Awah (Kudat); Datuk Amirzan Mohd Ali (Papar); Datuk Matbali Musa (Sipitang); Datuk Jonathan Yasin (Ranau); Khairul Firdaus Akbarkhan (Batu Sapi) dan Nixon Abdul Habi (Semporna).
Bagi wakil Parti Bersatu Sabah (PBS), seramai tiga calon telah diumumkan iaitu Datuk Joniston Bangkuai (Tuaran); Yee Tsai Yiew (Kota Kinabalu) dan Lo Su Fui (Tawau).
Sementara itu, wakil Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) akan ditandingi oleh presidennya, Datuk Dr Jeffrey Kitingan di Keningau dan Kenny Chua di Penampang.
Wakil tunggal dari Parti Maju Sabah (SAPP), Lau Chi Keong bakal bertandingi bagi kerusi Parlimen Sandakan.





