KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Datuk Hajah Juliah Salag, mengiringi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin, menghadiri Majlis Jamuan Teh DiRaja sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Majlis penuh istiadat itu berlangsung di Dewan Seri Kinabalu, Istana Seri Kinabalu pada Isnin.
Turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M Yahya; Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya; barisan menteri kabinet negeri serta Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong.






