Hajiji Sendiri Terbuka Disiasat, Tunjukkan Ketelusan – GRS Wanita

Hajiji Sendiri Terbuka Disiasat, Tunjukkan Ketelusan – GRS Wanita

0
SHARE

KOTA KINABALU: Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyatakan keyakinan penuh terhadap kepimpinan Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, dalam menghadapi segala dakwaan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau.

Ketua Wanita GRS, Datuk Azizah Mohd Dun, menegaskan bahawa kenyataan terbuka Datuk Seri Hajiji yang menyatakan “I have nothing to hide” menjadi bukti jelas bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang telus, berani dan bersedia disiasat tanpa rasa takut.

“Kami yakin sepenuhnya dengan kepimpinan Pengerusi kami. Beliau sendiri dengan tegas berkata, ‘Siasatlah!’ Jika beliau bersalah atau gentar, beliau tidak akan berani mengeluarkan kenyataan sebegitu. 

“Justeru itu, Wanita GRS berdiri teguh menyokong beliau,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah Azizah, kenyataan tersebut mencerminkan keikhlasan dan keberanian seorang pemimpin yang tidak gentar berhadapan dengan kebenaran.

“Pemimpin yang secara terbuka mencabar untuk disiasat adalah pemimpin yang tiada apa untuk disembunyikan. Ini menunjukkan keyakinan beliau terhadap proses undang-undang dan prinsip ketelusan dalam pentadbiran,” ujarnya.

Dalam pada itu, Wanita GRS turut menyeru rakyat Sabah agar tidak terpengaruh dengan sebarang usaha untuk menggugat kestabilan politik negeri, serta terus menyokong kepimpinan yang telah membawa pelbagai kemajuan kepada Sabah.

“Kami menyeru semua pihak agar kekal tenang dan yakin dengan kepimpinan yang berani, jujur serta bertanggungjawab. Sokongan padu daripada rakyat amat penting bagi memastikan kestabilan dan kemajuan negeri terus terpelihara,” tambahnya.