
TUARAN, SABAH – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha 1445H/2024M di Masjid Haji Noor Kampung Serusop dekat sini, hari ini.
Disertai kira-kira 1,000 jemaah, solat sunat itu diimamkan oleh Muhammad Aslam Jubair Jifrih manakala, khutbah bertajuk “Aidiladha dan Kepedulian Sosial Kita” disampaikan oleh Abdul Basit Salleh.
Terdahulu, Hajiji turut menyertai jemaah mengalunkan takbir bersama-sama Pengarah JAKIM Cawangan Sabah, Datuk Norjeli Dais dan Ketua Setiausaha Politik, Datuk Abdul Kassim Razali.
Hajiji juga meluangkan masa beramah mesra dengan para jemaah selepas selesai solat pada jam 8.30 pagi, sebelum menghadiri majlis ibadah korban di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran mulai jam 10 pagi. — JABATAN PENERANGAN SABAH