Hampir 40% Tenaga Kerja Kerajaan Negeri, Badan Berkanun BDR Mulai Esok

Hampir 40% Tenaga Kerja Kerajaan Negeri, Badan Berkanun BDR Mulai Esok

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH -Sekurang-kuranngnya 40 peratus (40%) tenaga pekerja Kementerian, Jabatan, Badan Berkanun Negeri, Agensi Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan diwajibkan Berkerja Dari Rumah (BDR) mulai esok (Selasa).

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah menetapkan pengoperasian seperti biasa namun tertakluk kepada Standard Operating Procedure (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia dan arahan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

Kenyataan yang baru dikeluarkan merangkumi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi penjawat awam Sabah sehingga 14 Jun ini.

“Penjadualan kerja hendaklah mengambil kira perkhidmatan perlu (essential service), kebajikan, keselamatan dan penggiliran kakitangan. Penggunaan aplikasi atas talian adalah diwajibkan dan diperluaskan untuk meminimakan kehadiran pelanggan di kaunter dan pejabat Kerajaan…

“Mesyuarat, kursus, seminar dan latihan secara bersemuka adalah tidak dibenarkan.

“Ketua Jabatan diberi kuasa untuk menentukan penggiliran kakitangan yang perlu hadir ke Pejabat dan yang Bekerja Dari Rumah,” katanya.

Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan boleh mengeluarkan arahan bekerja kepada mana-mana kakitangan di bawah jagaan masing-masing bersesuaian dengan keperluan perkhidmatan kerajaan.

Tambahnya lagi, semua Ketua Jabatan perlu memastikan perkara ini dipatuhi supaya tidak berlaku penularan COVID-19 di tempat kerja.