KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus) bernilai RM40 bilion bagi membantu meredakan cabaran yang dihadapi negara ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada malam ini, menjelaskan program itu membabitkan suntikan fiskal oleh kerajaan berjumlah RM5 bilion.
Pelaksanaan PEMERKASA Plus menetapkan tiga matlamat utama iaitu mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam, meneruskan agenda prihatin rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.
“Atas dasar keprihatinan terhadap kebajikan rakyat, kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan wujud keseimbangan antara ‘lives and livelihood’ iaitu keperluan untuk melindungi nyawa, dan menjamin kesejahteraan rakyat…
“Seperti yang dijanjikan, hari ini saya ingin mengumumkan program bantuan PEMERKASA Plus sebagai inisiatif terbaharu kerajaan membantu meredakan cabaran dihadapi, terutama susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada masa ini,” jelas beliau.