KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan sebanyak 2.1 bilion ringgit bagi menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang akan mula diberikan pada hujung Jun ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan BPR sebanyak RM500 akan diberikan kepada kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500.
Menurut beliau lagi, bagi isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 pula akan menerima bantuan BPR berjumlah RM300.
“Golongan bujang pula akan menerima RM100,” katanya dalam Perutusan Khas Bantuan PKP 3.0 pada malam ini, Isnin.