KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk tidak mengambil gaji selama TIGA (3) bulan mulai Jun ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan perkara itu sebagai tanda sokongan barisan jemaah Menteri dalam membantu menangani penularan pandemik COVID-19 dalam negara ini.
“Gaji yang tidak diambil ini akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana Negara sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan COVID-19,” katanya semasa mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus).





