Hampir 5 Juta Nyawa Manusia Telah Diragut Akibat Pandemik COVID-19

Hampir 5 Juta Nyawa Manusia Telah Diragut Akibat Pandemik COVID-19

0
SHARE

PARIS, PERANCIS – Sejak kemunculannya di China pada Disember 2019, COVID-19 sudah meragut sekurang-kurangnya 4,926,579 nyawa seluruh dunia, demikian menurut sumber yang berpandukan data dikumpulkan AFP setakat semalam (22 Okt).

Sebanyak 242,393,310 kes jangkitan direkodkan akibat COVID-19. Kebanyakan sudah pun pulih tetapi masih ada yang terus menghidapi gejala beberapa minggu atau bulan kemudiannya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan angka keseluruhan kes jangkitan COVID-19 mungkin dua hingga tiga kali ganda lebih tinggi daripada rekod rasmi.

Pada Khamis, sebanyak 7,387 kematian dan 449,791 kes baharu direkodkan seluruh dunia.

Berdasarkan laporan terkini yang dipetik AFP, beberapa negara yang merekodkan kes kematian terbanyak ialah Amerika Syarikat (AS) dengan 1,812 kes. Ini disusuli Russia (1,064) dan Ukraine (546).

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)…

AS negara paling teruk terjejas apabila merekodkan keseluruhan kes kematian sebanyak 733,218 daripada 45,301,092 kes jangkitan terkumpul.

Brazil negara kedua paling teruk terjejas dengan merekodkan sebanyak 604,679 kes kematian daripada 21,697,341 kes jangkitan keseluruhan. Ini diikuti India (453,042 kematian daripada 34,143,236 kes), Mexico (285,669 kematian daripada 3,772,556 kes) dan Russia (228,453 kematian daripada 8,168,305 kes).

Negara yang merekodkan kematian tertinggi berdasarkan jumlah penduduk ialah Peru dengan 607 kes per 100,000 penduduk. Ini disusuli Bosnia-Herzegovina (344), Macedonia Utara (337), Montenegro (327), Bulgaria (327) dan Hungary (315).

Amerika Latin dan Carribean keseluruhanya merekodkan 1,512,762 kematian daripada 45,653,856 kes jangkitan. Ini diikuti Eropah dengan 1,366,679 kematian daripada 71,928,513 kes dan Asia mencatatkan 860,332 kematian daripada 55,340,236 kes.

AS dan Kanada dilaporkan merekodkan 761,871 kematian daripada keseluruhan 46,992,403 kes jangkitan, Afrika (216,423 kematian daripada 8,456,873 kes), Asia Barat (205,919 kematian daripada 13,786,823 kes) dan Oceania (2,593 kematian daripada 234,614 kes).