Bergu Muda Negara Izzuddin-Sze Fei Mara Ke Separuh Akhir Terbuka Denmark

Bergu Muda Negara Izzuddin-Sze Fei Mara Ke Separuh Akhir Terbuka Denmark

0
SHARE
Beregu lelaki muda negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei...

KUALA LUMPUR – Skuad badminotn negara melalui bergu lelaki muda negara yang baharu iaitu Nur Izzuddin Rumsani dan Goh Sze Fei berjaya melangkah ke separuh akhir Terbuka Denmark di Odense malam tadi selepas menewaskan bergu dari Indonesia iaitu Fajar Alfian dan Muhamad Rian Ardianto.

Kejayaan kemaraan mereka ke separuh akhir turut mencipta kejutan kerana mereka kini yang berada pada ranking ke-26 dunia berjaya menewaskan pilihan keempat kejohanan berkenaan degang permainan ‘straight set’ 21-18, 21-17 dalam masa 34 minit.

Untuk rekod, ini adalah kali pertama Izzuddin-Sze Fei berjaya menewaskan lawan berkenaan selepas tewas dalam tiga pertemuan sebelum ini.

Pasangan yang masing-masing berusia 23 dan 24 tahun itu akan menentang pemenang perlawanan antara Muhammad Shobibul Fikri-Bagas Maulan dari Indonesia dengan beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen bagi merebut tiket ke pentas final, hari ini.