KOTA KINABALU, SABAH – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan di utara dan beberapa daerah di pantai timur Sabah mulai hari ini hingga Isnin (26 Dis).
Berdasarkan amaran yang dikeluarkan pada 1.40 tengah hari tadi, daerah terkesan adalah Sandakan, Kudat, Telupid, Beluran dan Kinabatangan.
Amaran hujan berterusan mulai hari ini hingga Isnin juga dikeluarkan bagi beberapa daerah lain di Sabah, Sarawak dan Labuan.





