Ibu Mengamuk Anak Kahwin Penganggur Tanpa Izin, Dan Tidak Dijemput

Ibu Mengamuk Anak Kahwin Penganggur Tanpa Izin, Dan Tidak Dijemput

0
SHARE
Wanita tersebut mengamuk di luar acara pernikahan anaknya kerana dia tidak dibenarkan menghadiri majlis tersebut...

JAKARTA, INDONESIA – Tular satu video di mana seorang wanita Indonesia mengamuk selepas mengetahui anaknya berkahwin dengan seorang penganggur tanpa keizinannya.

Menurut laporan portal Viva, aksi wanita tersebut sempat dirakam oleh orang ramai apabila dia mengamuk di luar acara pernikahan anaknya.

Difahamkan ini kerana beliau sendiri tidak dijemput untuk menghadiri majlis tersebut…

Lebih-lebih lagi anaknya itu berkahwin tanpa pengetahuan beliau…

“Saya seorang diri membesarkan anak, senang-senang sahaja dia diambil oleh lelaki yang tidak bekerja. Lelaki penganggur mengambil anak saya,” kata wanita itu sambil menjerit.

Lebih menyedihkan lagi, apabila wanita tersebut itu dihalang untuk memasuki perkarangan acara itu dan diminta meninggalkan lokasi tersebut.

Beberapa orang lelaki berkemeja corak batik yang dipercayai tetamu majlis tersebut dilihat menghalang wanita berkenaan daripada mendekati acara itu selain dia diminta meninggalkan lokasi tersebut.

“Seorang ibu yang menangggung pendidikan anaknya (sehingga belajar di peringkat tinggi), namun anaknya berkahwin dengan lelaki pengganggur tanpa pengetahuan ibunya.

“Ketika ingin bertemu anaknya, dia tidak dibenarkan masuk oleh keluarga pengantin lelaki,” kata keterangan video tersebut.