KOTA BELUD, SABAH – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Sabah 2024 singgah Masjid As Shabirin Kampung Paka-Paka Kota Belud bagi menunaikan Solat Jumaat.
Konvoi KMJG yang dianggotai oleh 60 orang peserta dari 14 agensi berada di hari yang ke-15 dengan Tuaran menjadi destinasi ke-25 sebelum bergerak ke Kota Belud.
Pengarah Penerangan Sabah Jainisah Mohd Noor mengetuai konvoi yang telah menghabiskan perjalanan lebih 1,500km itu. — JABATAN PENERANGAN SABAH