Ingin Cuba “Perisa Vape Baharu” Namun Dirogol

Ingin Cuba “Perisa Vape Baharu” Namun Dirogol

0
SHARE
PDRM
Logo PDRM ( Sumber Foto: Google )

KOTA KINABALU, SABAH – Tiga perempuan di bawah umur dirogol dalam sebuah bilik tumpangan di Kampung Air sini selepas terpujuk dengan “perasa vape baharu”.

Ketua Polis Bandaraya ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata mangsa termasuk seorang pelajar berusia 13 tahun.

Jelasnya, empat suspek lelaki dan seorang perempuan berusia 17 tahun telah mempelawa mangsa untuk pulang di luar sebuah pusat beli-belah di sini.

Zaidi berkata mangsa bersama mengikut suspek ke bilik sewa mereka selepas termakan pujukan.

“Mereka mendapati diri mereka dalam keadaan bogel setelah berada dalam keadaan tidak sedarkan diri pada tengah malam manakala kesemua pelaku telah melarikan diri.

“Kelima-lima suspek berusia 13 hingga 17 tahun telah ditahan pada hari yang sama di sini dan di Telipok, Tuaran,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pihaknya menerima mangsa pada hari Sabtu (27 April),” katanya kepada wartawan yang menghadiri rumah terbukanya di Perumahan IPK Kepayan.

Mereka berlima ditahan sehingga 5 Mei (Jumaat) untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372 (1) (a) dan 375(B) Kanun Keseksaan.