Isteri Ketua Menteri Santuni Kanak-Kanak Sempena Sambutan Krismas MUTIARA GRS

Isteri Ketua Menteri Santuni Kanak-Kanak Sempena Sambutan Krismas MUTIARA GRS

0
SHARE

KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag menghadiri sambutan Hari Krismas 2025 anjuran MUTIARA GRS di Rumah MUTIARA GRS, di sini, Sabtu.

Sambutan berkenaan bertujuan memupuk semangat perpaduan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini, khususnya sempena perayaan Krismas.

Sempena majlis itu, Juliah turut beramah mesra bersama para pelajar dan kanak-kanak yang hadir selain menyampaikan hadiah Krismas kepada seramai 60 penerima daripada sekolah serta pertubuhan sekitar Kota Kinabalu.

Beliau juga menyampaikan sumbangan cek bernilai RM2,000 daripada MUTIARA GRS masing-masing kepada Cheshire Home dan Seri Mengasih Center Tanjung Aru sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan golongan memerlukan.

Program seumpama itu selaras dengan komitmen MUTIARA GRS dalam menyantuni masyarakat serta memperkukuh nilai kasih sayang, kebersamaan dan saling menghormati dalam kalangan rakyat Sabah.