Istiadat Pembukaan Penggal Keempat DUN Diawalkan Elak Strok Haba

Istiadat Pembukaan Penggal Keempat DUN Diawalkan Elak Strok Haba

0
SHARE
Kadzim
Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Keenam Belas diawalkan sejam.

Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M. Yahya berkata perubahan masa itu diputuskan selepas mengambil kira faktor cuaca panas dan bagi mengelak serangan strok haba dalam kalangan petugas dan tetamu jemputan.

Kadzim ditemui media ketika sesi raptai penuh istiadat berkenaan di sini, memaklumkan, perubahan tersebut melibatkan Istiadat Keberangkatan Tiba Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada jam 8.15 pagi berbanding jam 9.25 pagi pada jadual asal.

Bagaimanapun, ujar Kadzim, masa bagi aturcara istiadat majlis yang lain adalah tidak berubah.

Hadir sama dalam sesi raptai berkenaan adalah Timbalan-timbalan Speaker, Datuk Ahmad Abdul Rahman dan Datuk George Anthony Ginibun, Setiausaha DUN Sabah, Rafidah Maqbool Rahman serta wakil-wakil jabatan serta agensi.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Sabah, Amirzudi Hashim ketika dihubungi menjelaskan pihaknya meramalkan tiada hujan pada sebelah pagi, petang atau malam pada Isnin dan suhu dijangka mencecah 33 darjah selsius bagi Kota Kinabalu. — JABATAN PENERANGAN SABAH