ISU AMBALAT: ANGKATAN MUDA KEADILAN SABAH LAPOR POLIS ADUN TUNGKU FITNAH KERAJAAN

ISU AMBALAT: ANGKATAN MUDA KEADILAN SABAH LAPOR POLIS ADUN TUNGKU FITNAH KERAJAAN

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Perang diantara Parti Warisan Sabah dan PKR dilihat seakan-akan telah bermula selepas Angkatan Muda Keadilan (AMK), Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah tampil membuat laporan Polis ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku, Assaffal Alian kerana menuduh Kerajaan Persekutuan telah menyerahkan blok Ambalat di Laut Sulawesi kepada Indonesia.

Laporan Polis fitnah itu dibuat di balai Polis Kota Marudu pada 16 Ogos .

Angkatan Muda Keadilan dalam satu kenyataan media selepas itu berkata tuduhan oleh Assaffal jelas bertentangan dengan kenyataan oleh Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menafikan wujudnya perbuncangan untuk menyerahkan AMBALAT kepada Indonesia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Angkatan Muda Keadilan Sabah membuat laporan polis ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku, Assaffal Alian berhubung isu fitnah Ambalat…(Kredit Video: MKN)

Angkatan Muda Keadilan juga meminta pihak Polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas ADUN Tungku itu kerana dengan sengaja memfitnah Kerajaan Persekutuan dan negeri Sabah

Sebelum itu, Assaffal dalam ucapan bahasnya pada sidang DUN Sabah baru-baru ini menyatakan bahawa Ambalat telah diserahkan kepada Indonesia dan perkara itu telah disebarkan melalui rakaman video.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin menjelaskan, perjanjian ditandatangani Malaysia dan Indonesia hanya membabitkan laut wilayah dan ia tidak membabitkan kawasan dinyatakan sebagai Ambalat atau melebihi 200 batu nautika yang dikatakan sebagai Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).

Mohamad
Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin…