Wanita Sempat Selamatkan Diri Sebelum Kenderaan Rentung

Wanita Sempat Selamatkan Diri Sebelum Kenderaan Rentung

0
SHARE

TAWAU, SABAH – Pemandu wanita sebuah Perodua Axia sempat menyelamatkan diri sebelum melihat kenderaan terbabit rentung di Jalan Sin Onn, sini, hari ini.

Mangsa, Joyce Seng, 21, segera keluar setelah menghidu bau pelik dan menyedari asap mula keluar dari ruangan enjin kereta di jalan raya perumuhan Taman Bukit Bintang.

Balai Bomba dan Penyelamat Tawau menerima panggilan kecemasan pada jam 9.05 pagi yang berjarak kira-kira tujuh (7) kilometer dari lokasi.

Ketua BBP Tawau, TPgB Julius John Stephen berkata pam jentera pasukan bomba mengalami kerosakan ketika operasi pemadaman.

“Operasi diteruskan menggunakan pam angkut 1 aliran sepanjang 200 kaki dengan 1 pancutan air terbuka,” jelasnya.

Pasukan Bomba Tawau sedang menyiram kenderaan terbabit…

Menurut beliau, situasi terkawal pada jam 09:37 pagi dan ditamatkan pada jam 10.15 tadi setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan Pegawai Penyiasat Zon Tawau,” kata Julius.