TAWAU: Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau memindahkan seramai tujuh mangsa banjir di Batu 17 Jalan Quion Hill pada pagi Selasa.
Komander Operasi BBP Tawau, Suheizan Sahak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian banjir itu pada jam 7.30 pagi.
Katanya, seramai enam anggota pasukan Bomba telah digerakkan ke lokasi yang berada sejauh 14 kilometer.
“Laporan benar bahawa berlaku kejadian banjir di mana tujuh mangsa terlibat termasuk seorang perempuan dewasa, empat kanak-kanak perempuan dan dua kanak-kanak lelaki.
“Pasukan Bomba mengeluarkan mangsa dan memindahkan ke tempat yang selamat.
“Seterusnya membuat pemantauan di lokasi kejadian banjir dan setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan pada jam 9.25 pagi,” katanya.