Jambatan Bailey Sebagai Laluan Sementara Kota Kinabalu-Keningau-Tenom Yang Rosak

Jambatan Bailey Sebagai Laluan Sementara Kota Kinabalu-Keningau-Tenom Yang Rosak

0
SHARE
Jambatan Bailey yang dibina sebagai langkah sementara bagi membolehkan kenderaan melalui jalan tersebut...

KENINGAU, SABAH -Pembentung yang rosak di laluan Persekutuan 500 Jalan Kota Kinabalu – Keningau – Tenom akibat tanah runtuh ekoran hujan lebat pada awal November lalu digantikan dengan lencongan sementara iaitu Jambatan Bailey.

Tindakan susulan bagi menghubungkan jalan yang terputus di KM 117.100 yang dianggarkan sepanjang 30 meter diambil oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah dan Syarikat Konsensi Lintasan Resources Sdn Bhd.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup berkata pembinaan Jambatan Bailey tersebut berfungsi untuk jangka masa pendek dan sederhana agar kapasiti aliran air dapat mengalir dengan lebih baik dan mengurangkan risiko runtuhan berulang.

“Kementerian Kerja Raya di peringkat Persekutuan dengan melalui kerjasama Jabatan Kerja Raya Sabah telah melaksanakan kajian serta penilaian teknikal dan mempertimbangkan kaedah penyelesaian terbaik yang perlu dilaksanakan untuk jangka masa panjang…

“Sehubungan itu, Kerajaan telah memutuskan untuk membina jambatan kekal merentasi sungai tersebut yang dijangka bermula dalam masa tiga bulan,” katanya.

Datuk Arthur sedang mendengar taklimat daripada seorang pegawai Jabatan kerja Raya semasa lawatan ke tapak runtuhan jambatan yang menghubungkan jalan Kota Kinabalu – Tambunan – Keningau petang semalam…

Menurut beliau, spesifikasi, kos dan rekabentuk jambatan kekal akan dimuktamadkan berdasarkan kaedah yang paling cepat dengan kos yang paling munasabah bagi menyelesaikan masalah ini untuk keselesaan rakyat.

“Pembinaan jambatan kekal yang dianggarkan mengambil masa selama 18 bulan…

“Jambatan kekal ini akan membolehkan aliran trafik menjadi lancar,” katanya sambil menbambah ia membolehkan kenderaan yang mempunyai had berat muatan tinggi sehingga 60 tan melalui jalan tersebut.