JANGAN LAKUKAN SEKS SELEPAS 6 MINGGU BERSALIN- TIPS DR AMALINA

JANGAN LAKUKAN SEKS SELEPAS 6 MINGGU BERSALIN- TIPS DR AMALINA

0
SHARE

KUALA LUMPUR – “Elak hubungan seks sehingga selama 6 minggu selepas bersalin,” ini antara kenyataan yang menjadi tumpuan para netizen terhadap perkongsian terbaru berkenaan penjagaan selepas bersalin daripada doktor pakar bedah, Dr Amalina Bakri.

Kenyataan Dr Amalina mula tular apabil ramai yang bimbang serta timbulkan pelbagai persoalan terhadap dirinya yang telah keluar bersiar-siar selepas empat hari melahirkan anak.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya @dramalinabakri, dia mengamalkan penjagaan selepas bersalin yang disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalaman sebagai seorang doktor.

“Ramai yang bertanya mengenai penjagaan selepas bersalin yang saya amalkan…

“Saya akan berkongsi amalan saya sendiri berdasarkan kajian saintifik yang disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalaman saya sendiri sebagai seorang doktor,” tulisnya.

Dr Amalina turut berkongsi beberapa tips penjagaan yang boleh diamalkan oleh para ibu berpantang berdasarkan kajian saintifik yang disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalamannya sendiri sebagai seorang doktor. Antaranya ialah:

  1. Amalkan makanan sihat & seimbang seumur hidup. Makan sayur-sayuran & buah. Makan secara bersederhana untuk mengekalkan berat yang ideal. Tidak perlu pantang telur atau ayam jika tiada alahan.
  2. Aktiviti seharian. Tingkatkan intensiti aktiviti secara beransur-ansur. Jangan angkat barang yang lebih berat daripada bayi anda selama 6 minggu.

  3. Jika anda bersalin secara normal tanpa komplikasi, anda boleh mulakan senaman ringan sebaik sahaja anda berasa bersedia. Ini termasuk berjalan kaki, kegel (pelvic floor exercise) dan senaman perut. Jika mengalami pendarahan semakin teruk, dia menasihati agar mengurangkan aktiviti berat dan memperbanyakkan rehat. dan jika pendarahan selepas bersalin (lochia) anda bertambah berat atau bertukar warna (menjadi merah jambu atau merah) selepas melakukan aktiviti, anda mungkin melakukan aktiviti secara berlebihan. Kurangkan aktiviti dan pastikan anda mendapat banyak rehat.

  4. Jaga kebersihan dan mandi setiap hari. Ambil laxatives jika perlu untuk elak sembelit.

  5. Elak hubungan intim (seks) dengan suami sehingga darah lochia berhenti atau selama 6 minggu selepas bersalin.

  6. Jaga kesihatan mental, jangan stress dan enjoy your motherhood. Dapatkan sokongan daripada suami dan keluarga.

Di kesempatan perkongsian Dr Amalia pada Instagram miliknya, dia turut berkongsi tips mudah ini harus dijadikan gaya hidup dan perlu dilakukan seumur hidup, bukan hanya untuk tempoh 44 hari selepas bersalin.