Jangkitan Baharu Menyusut 60 Kes

Jangkitan Baharu Menyusut 60 Kes

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KOTA KINABALU, SABAH – Angka jangkitan baharu menyusut kepada 181 KES hari ini iaitu penurunan 60 kes berbanding semalam.

Sebanyak 13 daerah mencatatkan penurunan kes baharu dan 9 daerah mencatatkan angka jangkitan meningkat.

Jumlah daerah yang tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu kekal 9 daerah…

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkaya perbezaan dengan kedudukan semalam ialah penyusutan besar angka jangkitan harian yang direkodkan dibeberapa daerah seperti Kota Kinabalu (-17), Tuaran (-15), Beaufort (-15) dan Lahad Datu (-9).

“Daerah yang mencatatkan jangkitan harian tertinggi hari ini ialah Sandakan (+5) dan Papar (+4).

“Lima (5).daerah mencatat kes baharu dua angka yang didahului oleh Kota Kinabalu dengan 89 kes,” jelasnya dalam rumusan harian kes.

 

Dalam pada itu, hanya terdapat satu (1) kes dalam Kategori 3 hari ini.

 

Berikut merupakan pecahan kes mengikut daerah di mana angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin.

Kota kinabalu 89 (106)
Sandakan 19 (14)
Papar 18 (14)
Tuaran 16 (31)
Penampang 15 (14)
Beaufort 6 (21)
Sipitang 3 (0)
Beluran 2 (1)
Kota Marudu 2 (0)
Tawau 2 (8)
Tenom 2 (4)
Keningau 1 (1)
Kuala Penyu 1 (0)
Nabawan 1 (5)
Pitas 1 (0)
Putatan 1 (0)
Ranau 1 (2)
Semporna 1 (2)
Kalabakan 0 (0)
Kinabatangan 0 (2)
Kota Belud 0 (3)
Kudat 0 (0)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (9)
Tambunan 0 (2)
Telupid 0 (2)
Tongod 0 (0)