KOTA KINABALU, SABAH – Angka jangkitan terus meningkat hari ini dengan 56 kes baharu iaitu 14 kes lebih tinggi daripada angka jangkitan kelmarin.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, lebih banyak daerah mencatatkan pertambahan kes baharu.
“Sebanyak 11 daerah merekodkan peningkatan kes berbanding hanya 7 daerah yang merekodkan penurunan kes…
“Sembilan (9) daerah kekal sebagaimana catatan sebelumnya manakala tidak ada kes baharu dilaporkan di 13 daerah berbanding 17 daerah semalam,” katanya.
Dalam pada itu, angka jangkitan baharu di Kota Kinabalu terus meningkat daripada 20 kes kelmarin kepada 25 kes (+5) hari ini.
Kata Masidi, sembilan daerah yang bersih daripada sebarang jangkitan kelmarin mencatat kes baharu hari ini.
“Antaranya ialah Putatan (+5), Beaufort (+5), Sandakan (+4) dan Sipitang (+2),” beliau berkata.
Hanya terdapat masing-masing satu (1) kes dalam Kategori 3 dan 5 hari ini.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (19 Mei 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu 25 (20)
Papar 6 (3)
Beaufort 5 (0)
Putatan 5 (0)
Sandakan 4 (0)
Sipitang 2 (0)
Tuaran 2 (2)
Kota Marudu 1 (0)
Kuala Penyu 1 (0)
Kudat 1 (0)
Penampang 1 (4)
Pitas 1 (0)
Tambunan 1 (0)
Tenom 1 (4)
Beluran 0 (1)
Kalabakan 0 (0)
Keningau 0 (1)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Belud 0 (0)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (3)
Nabawan 0 (0)
Ranau 0 (2)
Semporna 0 (0)
Tawau 0 (2)
Telupid 0 (0)
Tongod 0 (0)





