KOTA KINABALU, SABAH – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Barisan Nasional (BN) Sabah di Magellan Sutera Harbour, sini petang tadi, mengundang lebih 1000 pengunjung.
Menyerikan suasana ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang tiba sejurus mendarat di Sabah menggunakan pesawat khas pada jam 3.40 petang.
Perdana Menteri tiba dengan pesawat khas kira-kira jam 3.40 petang bagi merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia, Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Kota Kinabalu.
Beliau disambut oleh Pengerusi BN Sabah, selaku tuan rumah majlis, Datuk Seri Bung Moktar Radin diiringi ketua-ketua bahagian dan pemimpin BN Sabah serta komponennnya.
Pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS), termasuk Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan juga hadir.
Turut hadir ialah Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang duduk semeja bersama pemimpin-pemimpin yang lain.
Perdana Menteri akan berada di sabah untuk lawatan DUA (2) hari dan esok (20 Mei) beliau akan merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Sabah, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) sini.