KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan harian melepasi paras angka 200 hari ini dengan 208 KES baharu iaitu pertambahan 16 kes berbanding jumlah kelmarin.
Jangkitan baharu di Kota Kinabalu meningkat sebanyak 33 kes (atau 46%) daripada 71 kes semalam kepada 104 kes hari ini.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata hampir 85 peratus daripada kes baharu di Kota Kinabalu adalah melalui jangkitan sporadik.
“Lima (5) daerah lain mencatatkan jangkitan baharu dua angka, iaitu Penampang 30 kes (+9), Sandakan 23 kes (+6), Lahad Datu 12 kes (+12), Papar 11 kes (-8)dan Tuaran 10 kes (-6).
“Jumlah daerah yang tidak mencatat jangkitan baharu bertambah daripada 10 kelmarin kepada 13 daerah hari ini termasuk 8 daerah yang mencatatkan jangkitan sebelum ini…
“Walaubagaimanapun 5 daerah yang bebas daripada jangkitan kelmarin merekodkan kes baharu hari ini termasuk Lahad Datu dengan 12 kes baharu,” jelasnya dalam rumusan kes harian.
Dalam pada itu, terdapat dua (2) kes dalam Kategori 4 hari ini.
Masidi turut mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua Muslimin dan Muslimat khususnya di Sabah.
“Jaga diri jaga keluarga dengan mematuhi semua SOP khususnya amalan pemakaian pelitup muka setiap kali berhimpun atau berada dikhalayak ramai,” nasihat beliau.
Berikut merupakan pecahan kes mengikut daerah di mana angka dalam kurungan adalah jumlah kelmarin.
Kota Kinabalu 104 (71)
Penampang 30 (21)
Sandakan 23 (17)
Lahad Datu 12 (0)
Papar 11 (19)
Tuaran 10 (16)
Tawau 5 (2)
Kota Marudu 3 (4)
Kuala Penyu 3 (3)
Keningau 2 (7)
Kota Belud 2 (0)
Kudat 1 (0)
Ranau 1 (0)
Sipitang 1 (0)
Beaufort 0 (2)
Beluran 0 (4)
Kalabakan 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (1)
Pitas 0 (0)
Putatan 0 (20)
Semporna 0 (1)
Tambunan 0 (1)
Telupid 0 (1)
Tenom 0 (2)
Tongod 0 (0)