5 DIVISYEN TUMBANGKAN 9 EKOR LEMBU KORBAN

5 DIVISYEN TUMBANGKAN 9 EKOR LEMBU KORBAN

0
SHARE

LOK KAWI, SABAH – 5 Divisyen telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidiladha dan Ibadah Korban yang dilaksanakan bertempat di Masjid As-Salam, Kem Lok Kawi.

Acara dimulakan dengan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha yang diimamkan oleh Pegawai Kerohanian dan Moral MK 5 Divisyen, Lt Kol Wan Abdu Malek Al-Hurri Wan Husin.

Acara diteruskan dengan penyerahan sumbangan kotak makan Ummah dari MyFundAction kepada 20 warga Kem Lok Kawi yang disempurnakan oleh Panglima 5 Divisyen, Mej Jen Abdul Rahman bin A. Wahab.

Beliau seterusnya membuat penyerahan pisau sembelih kepada Pegawai Kerohanian dan Moral Markas 5 Divisyen sebagai simbolik bagi penyempurnaan Ibadah Korban di mana sebanyak 9 ekor lembu dikorbankan dalam sambutan Aidiladha pada tahun ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Hj Noor turut menyumbangkan empat ekor lembu, Datuk Ir Shahelmey Yahya sebanyak dua ekor lembu, GAPMATA dan Pertubuhan Ehsan masing-masing menyumbangkan seekor lembu untuk dikorbankan.

Ibadah Korban pada tahun ini kembali disambut dalam suasana meriah berikutan peralihan ke fasa endemik yang diumumkan mulai awal April yang lalu.

Seterusnya pengagihan daging korban dilaksanakan kepada seluruh Warga kem Lok Kawi.