Jawatan PM Akan Dihadkan Kepada 2 Penggal Dan PRU-15 Selewat-Lewatnya Pada Julai...

Jawatan PM Akan Dihadkan Kepada 2 Penggal Dan PRU-15 Selewat-Lewatnya Pada Julai 2022 – PM Muhyiddin

0
SHARE
Tan Sri Muhyiddin Yassin...

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedia melaksanakan Rang Undang-Undang untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada DUA (2) penggal sahaja jika kerajaan berjaya memperoleh sokongan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Hal demikian dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan Ucapan Khas yang disiarkan secara langsung hari ini.

Menurut beliau, kerajaan juga sedia merangka Rang Undang-Undang Akta Anti Lompat Parti jika berjaya memperoleh majoriti di Dewan Rakyat.

Dalam pada masa yang sama, Muhyiddin turut memaklumkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung Julai tahun 2022 bergantung kepada situasi pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan khas yang disiarkan secara langsung petang tadi…

“Saya tidak berhasrat untuk terus berpaut pada dahan kuasa. Dalam keadaan ini, adalah wajar mandat dipulangkan semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang baharu apabila tiba masa yang lebih sesuai…

“Justeru, bergantung kepada situasi pandemik, saya membuat akujanji bahawa PRU-15 akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung bulan Julai tahun hadapan,” jelas beliau.