KOTA KINABALU, SABAH – Sebanyak 300 pemandu teksi dan bas sekolah daerah Sandakan menerima sumbangan bakul makanan sumbangan Bintulu Port Holding yang diadakan secara pandu lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Sandakan hari ini.
Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Setiausaha Politik Menteri Pengangkutan Malaysia, Ling Tian Soon bersama Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah Datuk Chin Kim Hiung.
Program tersebut telah dianjurkan bersama oleh Persatuan Bas Sekolah Daerah Sandakan dan Persatuan Teksi Seluruh Sabah serta sokongan Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Turut hadir, Ketua Operasi Lapangan Terbang Sandakan, Gazzalih Hussain, Pengerusi Persatuan Teksi Seluruh Sabah, Hiew Su Vun serta Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Seluruh Sabah, Lee Man Keong.