JHEAINS Manfaat Perkongsian Oki Setiana Dewi, Perkasa Sahsiah Penjawat

JHEAINS Manfaat Perkongsian Oki Setiana Dewi, Perkasa Sahsiah Penjawat

0
SHARE

KOTA KINABALU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) memanfaatkan kunjungan istimewa pendakwah dan pendidik terkenal Indonesia, Ustazah Dr. Oki Setiana Dewi, sebagai platform memperkukuh sahsiah, integriti dan nilai profesionalisme dalam kalangan warga kerjanya.

JHEAINS memaklumkan sesi perkongsian itu memberi penekanan kepada pembentukan peribadi penjawat awam yang berteraskan nilai Islam menerusi penghayatan keikhlasan dalam melaksanakan amanah, kepentingan menuntut ilmu serta usaha memperkukuh hubungan dengan Allah SWT.

Semoga segala perkongsian yang disampaikan menjadi inspirasi dan pedoman kepada seluruh warga JHEAINS dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan serta terus istiqamah melaksanakan amanah dengan penuh integriti, ihsan dan keberkatan,” kata JHEAINS dalam satu kenyataan di Facebook baru-baru ini.

Program berkenaan turut dihadiri Timbalan-Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Penolong Pengarah, pegawai kanan dan sebahagian kakitangan jabatan sebagai usaha memperkukuh budaya kerja cemerlang berlandaskan prinsip Islam.

Jabatan itu turut merakamkan penghargaan kepada Dr. Oki atas kesudian meluangkan masa bersama warga JHEAINS dan berharap ukhuwah yang terjalin akan terus diperkasakan demi melahirkan penjawat awam yang berilmu, berintegriti serta komited dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

JHEAINS turut menghayati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain” (Riwayat al-Tabarani) sebagai panduan dalam memperkukuh budaya perkhidmatan yang memberi manfaat kepada ummah.