
PENAMPANG, SABAH – Banjir kilat yang melanda kawasan Pantai Barat Sabah hari ini (15 Sept) telah meragut DUA (2) nyawa termasuk seorang kanak-kanak dalam kejadian tanah runtuh di Forest Hill berhampiran Jalan Bundusan, Penampang di sini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata mangsa, Salmah Hamid, berumur 25 tahun, dan Rosatima Asbirin, berumur 5 tahun, maut ditimbus tanah semasa kejadian di kawasan perumahan setinggan mereka.
Pegawai Operasi PPgB Hanis Mokhtar berkata sembilan (9) anggota pelbagai pangkat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang bergegas ke lokasi sebaik mendapat panggilan kecemasa MERS 999 pada pukul 3.37 petang tadi.
Bantuan anggota dan jentera dari BBP Kota Kinabalu turut hadir ke lokasi.

“Mangsa berumur setahun, Juliana Zulazmil, selamat dan begitu juga adiknya Dayana berumur lapan (8) bulan…
“Seorang mangsa lagi wanita dewasa berumur 22 tahun, Risdah Jabin dan kanak-kanak, Norsian Asbirin, 3 tahun, juga selamat,” katanya.