Kanak-Kanak Lelaki 10 Tahun Melecur Terkena Letupan Dapur Gas di Tuaran

Kanak-Kanak Lelaki 10 Tahun Melecur Terkena Letupan Dapur Gas di Tuaran

0
SHARE

TUARAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun cedera melecur akibat terkena letupan dapur gas dalam satu kejadian di Kampung Berungis, Tuaran petang tadi .

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohammad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.22 petang.

Susulan itu katanya, seramai 15 anggota bomba dari BBP Tuaran dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 4 kilometer dan tiba pada jam 2.32 petang. 

“Lapor terdapat seorang mangsa lelaki mengalami kecederaan melecur akibat terkena letupan dapur gas LPG.

“Mangsa telah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan Pasukan bomba di lokasi kejadian.

“Seterusnya pasukan bomba bertindak menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian bagi memastikan tiada bahaya lain yang wujud,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Operasi seterusnya ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.40 petang.