Kes Baharu Positif COVID-19 Sabah Menyusut Kepada 1,649 Kes Hari Ini

Kes Baharu Positif COVID-19 Sabah Menyusut Kepada 1,649 Kes Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kes harian COVID-19 menyusut 68 kes daripada kelmarin (12 Sept) dengan jumlah keseluruhan 1,649 KES dicatatkan pada hari ini.

Namun, satu kluster baharu turut dikesan, Kluster Desa Jeroco 2 di Kinabatangan dengan 55 kes positif.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebanyak 1,179 kes dari jumlah kes hari ini adalah kes daftar lewat antara dua (2) hingga melebihi lima (5) hari yang lalu.

“Kes di Kota Kinabalu meningkat 122 kes, Penampang (meningkat) 97 kes, Keningau 33 kes, Kinabatangan 22 kes dan Tambunan 25 kes…

“Manakala daerah Sandakan turun 117 kes, Tawau (turun) 31, Papar 47 dan Kota Marudu 57.

“Seramai 44 pesakit yang dicatat hari ini termasuk 18 otang dari Pusat Latihan Henry Gurney dan 18 lagi daripada Penjara Kepayan,” katanya.

Saringan kontak rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan 932 kes ataupaun 56.5 peratus (56.5%).

Masidi berkata daripada ramai pesakit berada dalam Kategori 2 iaitu 1,061 kes atau 64.3 peratus dari jumlah kes hari ini manakala lapan (8) orang berada dalam Kategori 5.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (13 Sept) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 314 (192)
Penampang – 165 (68)
Tuaran – 143 (148)
Sandakan – 138 (255)
Lahad Datu – 108 (99)
Keningau – 96 (63)
Kinabatangan – 68 (46)
Tawau – 68 (99)
Papar – 56 (103)
Ranau – 56 (73)
Putatan – 52 (64)
Tambunan – 47 (22)
Kota Marudu – 43 (100)
Kota Belud – 42 (49)
Telupid – 40 (40)
Kudat – 39 (26)
Kunak – 31 (35)
Semporna – 29 (32)
Beluran – 29 (43)
Pitas – 18 (52)
Tenom – 17 (20)
Beaufort – 14 (8)
Sipitang – 9 (9)
Nabawan – 8 (26)
Kalabakan – 8 (23)
Tongod – 7 (17)
Kuala Penyu – 4 (5)