Kanak-Kanak Ukraine Belajar Guna Senapang, Bersedia Hadapi Perang Dengan Russia

Kanak-Kanak Ukraine Belajar Guna Senapang, Bersedia Hadapi Perang Dengan Russia

0
SHARE
Gambar seorang kanak-kanak diajar teknik-teknik menggunakan senapang ketika sesi latihan bersama tentera Ukraine. - Foto EPA...

KIEV, UKRAINE – Kanak-kanak dan remaja di Ukraine sudah mula mempelajari teknik-teknik menggunakan senapang sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan peperangan dengan Rusia.

Menurut laporan The Sun, beberapa keping gambar tersebar memaparkan tentera Ukraine dilihat menganjurkan hari latihan di Kiev.

Dalam gambar tersebut, dilihat orang awam yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur diberikan tips-tips daripada pakar mengenai cara-cara mengendalikan senapang.

Ada di antara mereka yang diberi peluang untuk memegang senjata sebenar serta ada yang diajar tentang cara-cara untuk memegang replika kayu senapang Kalashnikov Rusia.

Sementara itu, satu kaji selidik yang dijalankan oleh Institut Sosiologi Kiev sebelum ini menunjukkan bahawa

separuh daripada penduduk Ukraine mengaku mereka menolak pencerobohan oleh Rusia…

Manakala, Presiden Rusia, Vladimir Putin telah menempatkan seramai 127,000 askarnya serta kereta kebal dan peluru berpandu di bahagian bersempadan dengan Ukraine.