Kaunter JPN Sabah Kini Dibuka Semula

Kaunter JPN Sabah Kini Dibuka Semula

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pengurusan Tertinggi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersetuju membuka kesemua pejabat-pejabat JPN Sabah KECUALI JPN UTC Kota Kinabalu, JPN Cawangan Hospital Likas dan JPN Cawangan Tungku.

Walau bagaimanapun, JPN dalam satu kenyataan memaklumkan para pelanggan dinasihatkan untuk membuat temu janji terlebih dahulu dengan menghubungi mana-mana talian telefon yang disediakan sebelum hadir ke pejabat JPN berhampiran untuk berurusan.

Keputusan yang diambil JPN selaras dengan arahan Kerajaan berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih lagi berkuatkuasa ketika ini.

JPN turut menasihatkan para pelanggan agar menangguhkan urusan di JPN sehingga tempoh pelaksanaan PKPB berakhir sekiranya tiada urusan yang mendesak atau kes kecemasan.

Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui laman sesawang JPN di www.jpn.gov.my atau Facebook rasmi Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

Berikut adalah talian telefon pejabat-pejabat cawangan yang boleh dihubungi oleh para pelanggan mengikut tempat tinggal atau daerah masing-masing di seluruh negeri Sabah;