Kebakaran Sekolah Ragut 20 Nyawa Murid Di Niger

Kebakaran Sekolah Ragut 20 Nyawa Murid Di Niger

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

NIAMEY, NIGER – Kebakaran yang berlaku di sebuah sekolah di ibu kota negeri ini, semalam telah meragut nyawa sekurang-kurang 20 orang murid.

“Sebanyak 21 bilik darjah dalam pondok jerami telah dijilat api dan kira-kira 20 kanak-kanak terperangkap dalam kebakaran itu…

“Anggota penyelamat berkejar ke lokasi sebelum berjaya memadamkan kebakaran.

“Bagaimanapun, api terlalu marak ketika kejadian dan kanak-kanak terbabit gagal menyelamatkan diri,” kata komander bomba, Sidi Mohamed yang dipetik melalui siaran televisyen.

Memetik laporan AFP, siaran televisyen itu turut mengambil keterangan saksi yang memaklumkan bahawa kebakaran tercetus kira-kira jam 4 petang ketika mangsa sedang berada di dalam bilik darjah.

Punca kejadian belum dikenal pasti, setakat ini.

Perdana Menteri, Ouhoumoudou Mahamadou, turut melawat lokasi kejadian dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Niger disenaraikan sebagai negara paling miskin di dunia dalam Indeks Pembangunan Manusia bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membabitkan 189 negara.

Pihak berkuasa membina ribuan pondok jerami yang digunakan sebagai bilik darjah, dengan muridnya kadang-kadang terpaksa duduk di atas lantai.