Kerajaan Negeri Sabah Beri Sumbangan RM40,000 Bagi Jayakan Program “The Novice”

Kerajaan Negeri Sabah Beri Sumbangan RM40,000 Bagi Jayakan Program “The Novice”

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan negeri Sabah melalui Kementerian Pembangunan Perindustrian menyumbang geran berjumlah RM40,000.00 bagi menjayakan Program “The Novice” yang dilaksanakan Universiti Teknologi MARA (UITM) Cawangan Sabah.

Hasrat institut itu bersama-sama Kementerian Pembangunan Perindustrian dalam usaha memajukan dan memartabatkan usahawan industri kecil dan sederhana di Negeri Sabah ini sebaris dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021 – 2025.

Kementerian Pembangunan Perindustrian Negeri Sabah berbesar hati menerima UITM sebagai rakan strategik demi pembangunan negeri kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam.

“Saya amat yakin kerjasama ini akan melancarkan lagi usaha Kerajaan dalam membantu melengkapkan inisiatif membangunkan usahawan industri kecil dan sederhana.”

Joachim berharap melalui geran yang disediakan oleh pihak kementeriannya, pelaksanaan usahawan dikalangan pelajar mampu menjadi “Job Creator” kepada masyarakat setempat.

“Sesungguhnya ia merupakan satu pelaburan jangka panjang yang mampu melahirkan graduan akademik juga membolehkan mereka mencipta peluang pekerjaan selepas tamat pengajian,” katanya.

Beliau turut menyaksikan Majlis menandatangan memorandum persefahaman di antara Kementerian Pembangunan Perindustrian diwakili oleh Setiausaha Tetap Kementerian Thomas Logijin dan Rektor, Prof Madya Datuk Dr. Hj Abdul Kadir Hj. Rosline.