Keluar GRS Bukan Halangan Terus Perjuang Hak Sabah – Joniston

Keluar GRS Bukan Halangan Terus Perjuang Hak Sabah – Joniston

0
SHARE

KIULU: Tindakan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP) meninggalkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak harus menjejaskan perjuangan menuntut hak Sabah, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai.

Joniston yang juga Ketua Penerangan GRS dan Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata, walaupun kedua-dua parti itu kini di luar gabungan, mereka masih berkongsi cita-cita dan perjuangan yang sama sejak penubuhan GRS.

Beliau berharap STAR dan SAPP tetap menyokong usaha mempertahankan hak serta kepentingan Sabah walaupun tidak lagi berada dalam kerangka GRS.

Menurutnya, pengalaman PBS mentadbir Sabah pada 1985–1994 membuktikan bahawa kerjasama lebih berkesan berbanding konfrontasi dalam memperjuangkan hak negeri.

“Bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bukan bermakna tunduk kepada Putrajaya, tetapi satu usaha strategik untuk menuntut hak Sabah melalui rundingan dan perundingan,” tegasnya.