Kenapa Wanita Lebih Cepat Gemuk Berbanding Lelaki

Kenapa Wanita Lebih Cepat Gemuk Berbanding Lelaki

0
SHARE
Gambar Hiasan

MENURUT kajian yang dijalankan oleh Universtiy of New South Wales (UNSW), kaum hawa atau wanita dikatakan mungkin lebih mudah gemuk berbanding kaum adam atau lelaki.

Perkongsian Doktor Samhan melalui akaun Twitternya, berkata, hal ini kerana, wanita mempunyai kadar Metabolisme Sewaktu Rehat (RMR) yang lebih rendah daripada lelaki.

“Ini bermakna mereka membakar lebih sedikit kalori untuk mengekalkan fungsi asas kehidupan mereka seperti pernafasan, penghadaman dan penyingkiran berbanding lelaki.

“Wanita berbadan kecil mungkin memerlukan hanya 1,000 kalori sehari untuk mengekalkan fungsi badan yang normal, manakala wanita berbadan besar mungkin memerlukan kira-kira 1,600 kalori sehari,” katanya dalam perkongsian itu.

Beliau berkata, sebaliknya lelaki memerlukan antara 1,400 dan 2,000 kalori sehari untuk menjalankan fungsi badan yang normal.

“Apabila wanita mmebakar lebih sedikit kalori untuk fungsi kehidupan asas berbanding lelaki, dia kehilangan berat badan yang lebih rendah daripada lelaki setiap hari. Jadi penurunan berat badan pada wanita adalah lebih perlahan berbanding lelaki,” jelasnya.

Katanya lagi, wanita mempunyai berat badan lebih daripada lelaki walaupun mengamalkan diet biasa dan tidak mempunyai makanan yang menambah berat badan.

“Inilah sebabnya mengapa wanita memerlukan diet yang dirancang dengan baik untuk penurunan berat badan.

“Jadi para isteri, kalau ingin diet dengan suami, jangan putus asa kalau nampak suami lebih cepat penurunan badan berbanding anda,” tambahnya.