KePKAS Sokong Penuh Usaha Promosi Kerjasama Pelancongan Dua Hala Sabah – Timur...

KePKAS Sokong Penuh Usaha Promosi Kerjasama Pelancongan Dua Hala Sabah – Timur Tengah

0
SHARE
Christina
Christina menyampaikan cenderahati penghargaan kepada El Aref ( Sumber Foto: Ihsan KePKAS )

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan negeri menyokong penuh usaha mempromosikan kerjasama pelancongan dua hala antara Sabah dan Timur Tengah untuk manfaat bersama.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkatat terdapat prospek untuk menjalin hubungan pelancongan antara kedua-dua destinasi berikutan Sabah sedang mencari destinasi baharu bagi memasarkan produk pelancongan.

“Sebaik sahaja kita bersetuju berkenaan faktor asas untuk mempromosikan pelancongan bersama, kita boleh mewujudkan rangka kerja kerjasama pelancongan dua hala untuk perniagaan dan percutian.

“Sebagai contoh, kita boleh memanfaatkan pasaran berbulan madu di Mesir, selain negara lain di Timur Tengah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi kunjungan hormat tiga ahli daripada delegasi Global Travel Service (GTS Group) yang diketuai oleh Pengurus Pejabat di Malaysianya Hisham Awny, di sini, semalam.

Turut serta dalam sesi itu,  Pengarah Urusan Egypt Promotion Ibrahim El Aref, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Travel Link Nancy Zahran dari Jordan dan Ketua Pegawai Operasi Avasi Borneo Tours & Travel Alicia Gomes yang merupakan rakan kongsi Kumpulan GTS di Sabah.

Hadir sama dalam kunjungan hormat itubjuga ialah Timbalan Setiausaha Tetap I Kementerian, Mary Malangking dan Pengurus Kanan Pemasaran Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Humphrey Ginibun.