KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) komited untuk terus membantu belia melalui usaha pemerkasaan belia ke arah pembangunan modal insan yang lestari dan berinovasi tinggi, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin berkata justeru, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan khususnya untuk warga belia melalui pakej bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).
“Kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif khusus untuk belia di bawah Inisiatif ke-19: Prihatin Belia…
“Kesemua usaha ini adalah demi memastikan supaya segala dasar dan inisiatif kerajaan sentiasa kekal relevan dengan mengambil kira aspirasi dan keperluan semasa golongan belia,” katanya dalam Amanat Hari Belia Negara 2021 yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Kementerian Belia dan Sukan hari ini.