KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan Negeri memutuskan untuk tidak melaksanakan penutupan TIGA (3) kompleks beli belah yang tersenarai di bawah Pengecaman Lokasi Panas Untuk Libat Urus Dinamik (HIDE) semalam.
Kompleks yang dikenal pasti sistem itu sebagai kawasan panas Covid-19 termasuk Center Point, Karamunsing dan Suria Sabah.
Jurucakap COVID-19 negeri ini Datuk Seri Masidi Manjun berkata selepas membuat penilaian risiko penutupan hanya akan dilaksanakan jika terdapat kes positif.
“Aktiviti membeli-belah di kompleks tersebut berjalan seperti biasa di mana anggota Dewan Bandaraya (DBKK) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan membuat kawalan di pintu masuk…
“Ini untuk memastikan bilangan pengunjung yang memasuki premis-premis ini tidak melebihi daya tampung yang dibenarkan,” katanya.
Masidi yang juga Menteri Kerajaan Perumahan dan Tempatan Sabah mengingatkan bahawa pengunjung hendaklah sentiasa mematuhi amalan SOP ditetapkan termasuk pendaftaran nama, memakai pelitup muka, penjarakan fizikal serta membasuh tangan dan menggunakan sanitasi.
Sementara itu Sabah mencatatkan 61 kes pada hari ini (Ahad) dari 15 daerah namun tiada kluster baru dilaporkan.

“Sebanyak 30 berpunca dari saringan kontak rapat, 3 kes dari saringan bergejala, 25 kes dari kluster sedia dan selebihnya dari lain-lain kategori,” tambah beliau.