KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan negeri mahu kerajaan Persekutuan menyegerakan pelaksanaan baki pakej projek lebuh raya Pan Borneo di Sabah.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata demikian ketika membincangkan isu semasa pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri II Datuk Seri Fadillah Yusof di Seri Gaya di sini, hari ini.
Dilaporkan bahawa 20 daripada 35 pakej di bawah Projek Pan Borneo Borneo Fasa Satu masih belum bermula.
Hajiji dalam pada itu turut berbincang dengan Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkenaan cara meningkatkan produktiviti ladang koko di Sabah.
Turut hadir dalam pertemuan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali dan Timbalan Menteri, Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching.