KOTA KINABALU – Baru-baru ini satu video tular di mana terdapat kelibat ular berada di dalam sebuah pesawat yang dipercayai dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke tawau.
Video yang berdurasi selamat 14 saat itu dimuat naik oleh seorang pemilik akaun di Tik Tok yang menyatakan bahawa pesawat terpaksa membuat pendaratan cemas di Kuching, Sarawak.
Menurut laporan Sinar Harian, syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia mengesahkan pesawatnya yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tawau terpaksa dilencongkan ke Kuching, Sarawak sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan penumpang.
Ketua Pegawai Keselamatan AirAsia, Kapten Liong Tien Ling berkata, pihaknya menyedari berlaku insiden di dalam penerbangan terbabit pada Khamis.
“Sebaik kapten menyedarinya, beliau membuat keputusan untuk melencongkan pesawat ke Kuching sebagai langkah pembersihan pesawat…
“Insiden ini jarang berlaku pada mana-mana pesawat,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, Kapten kapal mengambil tindakan dengan sewajarnya sebelum penerbangan diteruskan ke Tawau supaya tiba dengan secepat mungkin.
“Keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta kru sentiasa menjadi keutamaan kami,” katanya.