Kerjasama Media Perlu Dalam Mempromosikan Maritim Malaysia

Kerjasama Media Perlu Dalam Mempromosikan Maritim Malaysia

0
SHARE
Maritim
Faridah (duduk empat kanan) bersama pengamal media Kota Kinabalu, Sabah

KOTA KINABALU, SABAH – Kerjasama media diperlukan dalam mempromosikan peranan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Pengarah Unit Komunikasi Korporat (UKK) Maritim Malaysia, Faridah Shuib berkata, usaha berterusan mempromosikan Maritim Malaysia perlu dilaksanakan dan media menjadi wadah penting dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat.

“Melalui laporan yang disiarkan oleh media, masyarakat mempunyai kesedaran akan kepentingan keselamatan di laut sekaligus bekerjasama dengan Maritim Malaysia untuk menyalurkan maklumat tentang aktiviti jenayah atau insiden kecemasan di perairan negara,” jelas Faridah.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sesi ramah mesra bersama media sabah di sini pada Rabu.

Turut sama pada pertemuan berkenaan, Penolong Pengarah Kanan Perhubungan Awam, UKK Maritim Malaysia, Mohd Amir Khusairi Harun serta Pegawai Perhubungan Awam Maritim Negeri Sabah, Leftenan Madya Maritim Nuraisyah Najwa Mehip Abdullah.

Hasil pertemuan yang diadakan, media tempatan Sabah menyatakan komitmen penuh bagi mempromosikan kepada rakyat negeri Sabah tentang peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada Maritim Malaysia.